SEARCH HOTEL

Search Hotels

Check-in date

Check-out date

Banyak lagi tempat untuk dilawati

;

Wednesday, June 18, 2008

KUCHING SERAWAK

4 DAYS 3 NIGHTS MYSTERIOUS PARADISE OF BORNEO
FROM RM660 PER PERSON

Day 01 ~ BANDARAYA KUCHING / KAMPUNG BUDAYA (DINNER)
PAGI ~ Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Ketibaan disambut oleh pemandu pelancong dari syarikat kami dan program diteruskan dengan lawatan untuk mengelilingi Bandaraya Kuching. Melawat ke tempat menarik yang terdiri bangunan bersejarah yang dibina semasa pemerintahan Brooke seperti Astana, Pejabat Pos Rasmi Kuching, Mahkamah lama, Tokong Cina yang tertua, Masjid Negeri, Muzium Etnologi Sarawak dan banyak lagi. Selepas mengelilingi Bandaraya Kuching, singgah di hotel untuk daftar masuk pertama hanya untuk menyimpan bagasi di hotel dan pengambilan kunci bilik.
TGH HARI ~ Makan tengah hari bajet individu.
Selepas makan tengah hari, lawatan seterusnya dilanjutkan ke Kampung Budaya Sarawak. Kampung yang merangkumi 7 buah rumah mewakili setiap kaum yang terdapat di Sarawak.
MALAM~ Makan malam di restoran tempatan. (Halal)

Day 02~ SEMENGGOH ORAN UTAN / RUMAH PANJANG BIDAYUH ANAH RAIS (B/L/DINNER)
0700pagi ~ Sarapan pagi di hotel.

0800pagi ~ Berjumpa di lobi hotel dan lawatan diteruskan ke Pusat Binatang Liar Orang UTAN Semenggoh. Lihat saja pelbagai aksi dari Orang Utan Borneo yang hidup liar di hutan simpan Semenggoh. Orang Utan akan keluar dari hutan secara perlahan-lahan apabila tiba waktu makan pada pukul 0900 pagi selepas dipanggil oleh pekerja mahir di pusat Orang Utan tersebut.

1030pagi ~ Lawatan seterusnya diteruskan ke Rumah Panjang Bidayuh Anah Rais. Pengunjung akan terasa kagum dengan keindahan semulajadi yang segar sepanjang perjalanan ke kampong Bidayuh tersebut. Paling menarik sekali apabila dapat melihat gunung yang menjadi sempadan di antara Sarawak dan juga Kalimantan.
~ Makan tengah hari & Makan malam di restoran tempatan.

Day 03 ~ TAMAN NEGARA BAKO (B/L/DINNER)
0700pagi ~ Sarapan pagi di hotel.

0800pagi ~ Selepas sarapan pagi, perjumpaan di lobi dengan pemandu pelancong dan aktiviti lanjut diteruskan dengan lawatan ke Taman Negara Bako. Untuk sampai ke Bako, anda haruslah mengikut perjalanan dengan menumpang bot dari jeti Kampung Bako. Di Bako, terdapat banyak Teluk yang menjadi pilihan binatang liar di sana untuk berkumpul. Pemandu pelancong alam semula jadi akan membawa rombongan ke Teluk yang kerap menjadi tumpuan binatang-binatang liar tersebut. Pastinya ini adalah satu tempat yang menarik sejak ia disahkan menjadi Taman Negara di Malaysia.
~ Makan tengah hari dan makan malam di restoran tempatan.

Day 04 ~ SUNGAI KUCHING / LAPANGAN TERBANG KUCHING (BREAKFAST)
0700pagi ~ Sarapan di hotel.
PAGI ~ Daftar keluar awal dari hotel penginapan. Setelah semuanya berkumpul, ambil masa untuk berjalan ke Tebingan Sungai Kuching untuk menumpang perahu tambang dari jeti di sana. Pendayung akan membawa pelawat ke hulu dan ke hilir Sungai Sarawak untuk melihat keindahan pemandangan Kampung-kampung Melayu Kuching Sarawak. Setelah selesai semua program, lawatan anda diakhiri dengan perjalanan yang diteruskan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk penerbangan balik melalui pesawat Air Asia.
PACKAGE INCLUDED
1. 3 NIGHT ACCOMMODATION AT SELECTED HOTEL
2. MEALS : 03 BREAKFAST / 02 LUNCH / 03 DINNER
3. ALL TRANSFER AS STATED IN PACKAGE ITINERARY
4. TOUR & ENTRANCE FEE ~ KUCHING CITY TOUR
5. SEMANGGOH ORANG UTAN REHABITITATION CENTRE
6. ANNAH RAIS LONG HOUSE & BAKO NATIONAL PARK
7. FULL-AIR CONDITIONED TOUR TRANSPORTATION
PACKAGE EXCLUDED
1. PERSONAL EXPENSES SUCH AS LAUNDRY , IDD CALL & MINI BAR ETC
2. AIR-TICKET VIA MAS OR AIR ASIA
3. TIPPING TO GUIDE & DRIVER

No comments: